Select Page

Dari apa yang abam lihat dalam sessi interview nak beli rumah atau hartanah, ini ringkasan kenapa mereka susah nak buat keputusan untuk tidak mahu beli dan tidak membeli….

1- Anda mmg terlalu memilih, maksudnya jika tidak mampu beli rumah idaman, dapat suku idaman pun ok…

Jawapan:

ada yang nak beli facing KLCC, tapi harga juta… Tak mampu pula, jadi saya saran beli je rumah mana yang mampu.. Pasang wallpaper KLCC kah kah..

2- Sudah kerja lama tapi sukar dapatkan deposit 10% untuk beli hartanah..

Jawapan :

Ada 3 jawapan disini;

– beli “undercon” banyak rebate dan diskaun silap beli dapat CASH BACK

– tukar gaya hidup lebih sederhana.. Kurangkan makan diluar, kurangkan aktiviti di shopping mall dan beli di “speedmart” je pasti perbelanjaan berkurang..

– semak acc 2 KWSP, anda boleh gunakan acc 2 untuk beli rumah ye…. Ramai tak tahu ni… Serious!!!!! Ramai yang lupa manafaat ini mampu membantu ramai pembeli dan pelabur hartanah kecil atau besar

3- Tidak tahu lokasi mana nak beli, lagi lagi yang kerja pindah randah.. Ini masalah juga.. Kalau boleh nak beli depan pintu rumah je terus opis..

Jawapan:

– Anda kena jadi taukey, anda pilih mana opis anda… Kadang kadang saya pelik juga cara berfikir begini..
Ok be realistik.. Anda bukan angkasawan yang berkerja hanya satu syarikat guna khidmat anda… Kerjakan boleh bertukar.. Tukar angin dah beli pindah kerja dekat dengan rumah.. Percaya rezeki Allah yang bagi bukan boss kita…

– hartanah dibeli bukan hanya untuk tinggal, kadang kala ia mempunyai nilai “income tambahan” dari sewaan atau kadang kala punyai nilai “capital appreciation”…

Emmm kurang paham?

Pilih lokasi senang orang sewa atau ada potensi jual semula… Cukup masa lembu sudah gemuk kita sembelih…

4- Lupa makin lama makin tua makin pendek jangka masa “loan tenure” jadi pembayaran bulanan akan semakin mahal..

Saiz makin kecil…. Hari ni 300k cuma SOHO sahaja… SOVO.. SOFO

Jawapan:

Beli hari ni.. Jangan tangguh… hari ni banyak pilihan… cuba riki REN cute cute macam abam… ada tu pakej underground

Amacam!!!! Apa lagi yang bermain difikiran anda???

Banyak listing nangis nangis dalam tangan saya..

Ingat pesan saya diatas..

#TIPSMUDAHBELIRUMAH

Nak beli UNDERCON klik #UNDERCONTIPSABAMBURUNG

Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG

Share This

Share This

Share this post with your friends!