Select Page

Sebelum pemilik nak jual, awalnya mereka tak cerita lagi… tapi bila pembeli dah tandatangan setuju nak beli…. semua kisah keluar satu persatu… Satu perkara paling abam takut adalah… pemilik tak sepakat…. Yelah kes ni ada dua nama atas SPA… Jadi, kalau salah seorang tidak setuju…. ia akan jadi “Buang Masa” segala usaha abam bagai dibuang ke longkang… ha ha ha

Alhamdulillah abam ada pengalaman urus kes macam ni… ada kes tak masuk mahkamah ada kes masuk mahkamah…. Yang sepakat tak de masalah…. kalau tak sepakat awal awal abam dah warning…. kalau tak setuju jangan tandatangan

Memang biasa bila jadi kes cerai berai macam ni… kedua dua mereka mesti nak selesaikan dan jual sahaja… Jadi kat kepala tak payah nak pikir apa apa dah…. biar memori je yang ada harta harta sepencarian kena uruskan dahulu.

Semalam masa abam jumpa kedua mereka walau tenang tapi “memang nampak juga riak muka bekas isterinya muka macam nak telan je suaminya dengan isteri muda barunya” Ha Ha Ha

Ha Ha Ha…. sorot mata kecik abam sesekali mengintai… nampak rasa macam abam sekali nak kena telan.

Selalu dalam minda pemilik…

Siapa yang akan terima cheque?
Nanti duit nak bahagi macamana?
Atas nama saya ke dia?
Pasti tak peguam tak berat sebelah?
Bila boleh dapat duit?

Namun, Alhamdulillah semua persoalan dan kebimbangan abam dah jelaskan…. dan syukur semuanya berjalan baik dan keduanya sepakat nak jual sahaja biarkan tiada lagi sejarah hutang bank bersama perlu lagi diingat….

Dalam kes begini, jika dah ada perintah mahkamah lagi mudah… tak perlu nak tuntut sapa lebih sapa kurang… ikut je patuh mengikut apa yang dah di perintah

#BeliRenovasiUrus
#TipsMudahBeliRumah

ABAM PEGANG BURUNG
Sedia Bantu Dalam Apa Keadaan

Share This

Share This

Share this post with your friends!