Select Page

  • Twitter
  • Google+
  • Gmail

Ini kisah benar, delima antara penjual dan pembeli… kalau cakap bunyi nak nampak pro sikit… saya sebut “Vendor” dan “Purchaser”

Begini saya mudahkan cerita, pembeli memang nak beli rumah yang sedang dia sewa sekarang…. baguslah kan!!! habis cerita….

Tapi, yang tak bagus tu… pembeli kata dia mahu “market value” rumah tu 30% rendah dari market price… Pemilik hartanah pun tahu… harga semasa hartanya….

Tapi pemilik hartanah tak mahu ikut harga penyewa atau bakal pembeli tadi….

Inilah wujudnya saya, “orang tengah” atau pengadil yang adil… he he he…

Dalam kes ini, setelah berbincang dengan kedua pihak ia jadi mudah…. saya usahakan harga diskaun… saya juga akan usahakan keuntungan maksima untuk penjual….

Persoalan penting jika urus sendiri, tolong jawab perkara penting ini:

1 – Jika tiada kami atau pengadil, siapa yang boleh check “market value” dengan nilaian tertinggi…. Dan bagaimana kami dapat jelaskan market semasa sekitaran hartanah pemilik.

Biasanya kami berkerja bukan dengan satu valuer dan bank… kami tahu mana terbaik…Kan??

Tidakkah penjual akan rugi jika jual 30% bawah value??? Kami akan bantu berikan harga “win win”…

2 – Jika tiada kami sebagai pengadil, siapa boleh bantu urus loan sendiri?? Selalunya kami berkerja dengan bukan satu bank dan kami amat faham apa yang anda perlu untuk kelulusan bank… dan juga pengiraan DSR untuk menyemak “kelayakan pinjaman”

tidakkah itu satu penjimatan masa??? Tak guna cuba cuba pinjaman… buang masa sebulan… rugikan???

3 – Urusan loan, jika tiada pengadil tadi… penjual pun susah nak percaya kat mana loan, tak tahu apa “update status” pinjaman.. takkan percaya mulut… jika kami… memang kamilah yang akan update penjual…

4 – Ini selalu pemilik hartanah selalu kalah, kefahaman mengenai proses jual beli…. Kami memang hari hari duduk menguruskan proses jualan hartanah….. Tak 100% faham sekurangnya kami tahu selok belok perjalanan….

Ini hanya sebahagian sahaja “kenapa perlu saya” nampak tak?? Sebenarnya banyak lagi sebab “kenapa saya”, nak tau lagi cuba hubungi saya anda akan rasa perbezaannya… he he ayat jual diri ni….

Bagi pemilik yang sedang berusaha menjual atau melupus harta mereka, saya amat alu alukan….

#kenapasaya #TipsMudahBeliRumah

Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG

WIN WIN… Horray!!

Share This

Share This

Share this post with your friends!