Select Page

Hari ini ada yang “Pm” saya, soalan beliau ni malas saya nak jawab sebenarnya takut hanya beri harapan palsu sahaja….

Puan Suri dari JB bukan nama sebenar, beliau bertanya kepada saya

“Tuan Ezat, betul ke kalau kita gaji kecik kita boleh beli rumah?”

Kalau mahu jawapan tidak ikhlas saya maka saya akan katakan “Ya, Boleh”

Tetapi, kalau mahukan jawapan ikhlas saya maka jawapan saya adalah “Maaf, Tidak”
.
.
KENAPA SAYA KATA BEGITU?

#1 – wujud NDI yang sesetangah bank kenakan kepada pembeli hartanah

Owh, apa maksud NDI iaitu “Nett Disposable Income” atau bahasa jawanya kos sara hidup.

Tahukah anda bahawa bank mengenakan dari Rm 900 ke Rm 1400 sebulan, bermaksud jika gaji Rm 2000 berapa je lagi baki gaji…..

2# – DSR atau “Debt Service Ratio”, tahukah anda bahawa jika pendapatan bawah Rm 3500 maka bank hanya terima 60% sahaja dari gaji…. Jika gaji, Rm 2000 kalau dikira hanya 60%, maka hanya Rm 1200 itu tidak lagi dikira NDI dan sebagainya….
.
.
ABIS BANYAK JE BUKU, SEMINAR KATA BOLEH JE BELI RUMAH WALAU GAJI KECIK

Jawapan ikhlas saya adalah, gaji mungkin kecik tapi ada pendapatan lain yang mereka mampu terjemahkan kepada bentuk pendapatan yang bank suka…

Contoh : Sewaan rumah, commission unit trust, comission agent hartanah, duit servis photography dan sebagainya

Maksud saya tadi adalah, memang Gaji ada 1 tapi pendapatan ada 6 lagi dari pelbagai sumber….

Jadi, harap anda faham maksud saya “gaji” bukan penentu tapi pendapatan mungkin jawapan kepada persoalan tersebut

Bermanafaat? Nak share?

Share je….
.
.
.
Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG

Share This

Share This

Share this post with your friends!