Select Page

  • Twitter
  • Google+
  • Gmail

KENAPA PENTING “TENANCY AGREEMENT” BILA ANDA SEWAKAN HARTANAH ANDA?
.
.
Assalamualaikum tuan,
Tumpang btanya
.
Penyewa keluar rumah tanpa notis, hantar w.a kata dah pindah. Bila minta pulangkan kunci, dia minta pulangkan deposit baru dia pulangkn kunci. Walhal dlm perjanjian kena notis sebulan awal before pindah.
.
Jadi kami ambil keputusan x pulang deposit, rumah pun banyak rosak, bil elektrik tertunggak sejak march n lampu ruang mkn pun dia curi..
Dia mngugut macam2 pulak…perlu ambil pusing ke ugutan2 tu? Apa saya patut buat?
.
Mai (Bukan Nama Sebenar)

Jawapan Saya:

Pertama sekali saya akan tanyakan adakah perjanjian sewa tadi ada lengkap dengan “Tenancy Agreement”?

Kedua, Adakah jika ada “Tenancy Agreement” dibuat secara sah dam masih valid atau sudah lupus?

Ketiga, Adakah bukti tindakan salah laku dari pihak penyewa dan adakah kita ada bukti kerosakan itu sah dan ada direkodkan?

Ramai keliru kenapa perlu “Tenancy Agreement”, dan ramai pun tak tahu fungsinya…. Baiklah, secara umum “Tenancy Agreement” tadi ramai ambil mudah dan tidak berapa ambil tahu tentangnya…. Baiklah secara umum;
.
#1 – Ia berfungsi terma perjanjian bersama kedua pihak dalam perjanjian sewaan tersebut. Ia perlu jelas dan lengkap…. Jika ada perabut, maka lengkapkan butiran dan jika ada gambar maka, sebaiknya sertakan
.
#2 – Ia perlu jelas tentang pembayaran dan jelas jumlah deposit yang harus dipulangkan juga syarat syarat jelas sekiranya wujud pelanggaran atau kos kos kerosakan dibawah tanggung jawab siapa. Adakah penyewa perlu menanggungnya? Contohnya, lepas sahaja dapat kunci semula, habis semua pintu toilet hilang.
.
#3 – Ia perlu jelas sewaan adalah bertujuan untuk apa, tinggal sendiri atau tujuan lain…. Jangan sekali dapat rumah kita dah jadi kilang pula… Ha ha ha kalau jadi kilang ayam ke lagi sakit kepala…
.
#4 – Ia boleh dijadikan bukti hasil sewaan, dimana jika mahu gunakan ia sebagai bukti pendapatan hasil sewaan bulanan. Penting juga ni tau, lagi lagi jika anda merancang menambah koleksi hartanah dimasa akan datang
.
#5 – Ia perlu jelas tentang larangan terhadap jenayah atau kes kes dadah yang boleh mengheret kita sebagai pemilik hartanah, ini penting ye…. Manalah tahu tiba tiba rumah kita pula jadi gudang proses dadah…. Ya Allah, lindungilah kami…. tetapi ia tidak mustahil…. Itu lah pentingnya, bukti kita tidak terlibat… bayangkan tiba tiba penyewa kita kata “Dialah boss saya” Nahas
.
.
Saya harap anda tidak ambil mudah… biarlah ada kos sedikit perlu dibelanjakan yang penting kita dan hartanah kita dilindungi
.
Kisah Puan Mai (Bukan Nama Sebenar) diatas, disitulah penting peranan “Tenancy Agreement”, sekurangnya beliau cukup bukti…. yang mengugut beliau adalah bekas penyewa beliau dan maka bolehlah… beliau melaporkan kepada Polis atas ugutan dan ancaman yang telah dilakukan terhadap beliau…

Nampak tak ia penting?

Jom #KopiTalkHartanah 27 Mei 2018 ini untuk banyak lagi perkara penting tentang hartanah nanti

Share This

Share This

Share this post with your friends!