Select Page
POSITIVE CASH FLOW VS CAPITAL APPRECIATION: ADAKAH IA MASIH RELEVEN

#TIPSMUDAHBELIRUMAH

#HouzKey

Tahun 2001 abam membeli hartanah satu tingkat dengan harga 130k, bulanan sekitar Rm 700 sebulan…

Kadar sewa semasa itu Rm 500, masa tu pun orang kata mahal….

3 tahun lepas, abam jualkan hartanah tersebut dengan harga 420k selepas renovation superb… Bulanan sekitar Rm 1600 dan kadar sewa semasa sekitar Rm 1100. Namun, ada juga berberapa hartanah landed abam beli tahun 2013 dibeli pada 320k sahaja mampu dijual pada harga 500k pada 2015…. Nampak tak nikmat Capital Appreciation tu?

Untuk hartanah “Landed” mendapat positive cash flow memang susah.. Namun “Capital Appreciation” jauh baik….

Tapi siapa tahu kenapa???

Ok abam bagi tips sikit… Tolong tambah boleh…. Share la sikit

– Landed pemaju kurang mahu buat, sbb rugi tanah seekar mungkin jika landed berapa unit sahaja… Jika mahu profit mesti kena mahal… Jika kondo… Tak takut boleh buat 30 tingkat…. Sure untung banyak… Betul.tak???

– Landed biasanya unit terhad… Tak macam kondo atau apartment… Sekali siap 1000 unit… Matilah…

– Landed biasanya untuk kes “subsale” pun tak banyak jual semula… Beli selalu untuk tinggal sendiri… Jika jual pun sebab “upgrade”

– Landed biasanya pilihan ramai terutamanya untuk tinggal sendiri sebab tidak perlu yuran penyelengaraan, jika ada kondo 500k dan landed 520k… Yuran penelengaraan juga ada yang cecah harga bulanan sebiji kancil atau viva

– Landed sbb atas tanah, tak perlu risau pasal “lift rosak”, bangla tak naik “lift” sekali…. Malah kalau nak cat dinding rumah… senang… cat jelah tak macam apartment atau kondo, takkan sebiji umah anda je nak cat kannn…

Adakah tahun 2018 ini “Capital Appreciation” adalah satu perkara yang mustahil?

Jawapan abam mudah, pelaburan hartanah seharusnya bersifat jangka masa panjang, lagi lagi hari ini ada cukai keuntungan yang pihak kerajaan telah tetapkan dari 10% ke 30%, kami biasa panggilnya sebagai “CKHT” Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT…. Semestinya, kaedah kaedah pengambilan untung secara singkat mungkin makin sukar dilakukan….

Maka, terbaik untuk tahun 2018 ini…. pemilik hartanah perlu menambil sikap lebih proaktif bagi hartanah mereka dapat di “Leverage” dengan baik, memaksimakan “Cash Flow” walau bukan mudah, ia adalah cukup terbaik dan sihat bagi hartanah anda semua….

So, Capital Appreciation bukan mustahil tetapi, anda harus ada cara atau kaedah untuk mampu memilikinya sementara anda bertahan untuk mendapatkan CA yang baik.

ABAM PEGANG BURUNG

Tips undercon
#UNDERCONTIPSABAMBURUNG

Share This

Share This

Share this post with your friends!