Select Page

  • Twitter
  • Google+
  • Gmail

NAK KAWIN DENGAN SAYA? NAK TENGOK CCRIS & CTOS DULU BOLEH?

Macam tak percaya kan….

Abam ni macam over la pulak….
.
Korang dah biasa ke tak biasa 2 benda ni? Takpe jangan risau abam bantu jelaskan, supaya korang dari awal awal muda dah faham… Sebenarnya dari 2 rekod diatas ni, pihak bank boleh faham attitud anda dalam melaksanakan janji terhadap hutang piutang korang…
.
#CCRIS – Central Credit Report Central Information System

Dari laporan CCRIS segala hutang piutang anda akan ada disini. Tak susah, masuk sahaja IC dan jari… semua ada… Silap silap masuk pajak gadai pun ada… Disinilah, kemampuan anda membayar bayaran bulanan hutang hutang anda akan diceritakan…
.
Yelah, kalau bayaran bulanan hutang sedia ada pun tunggak tunggak… bulan lepas bayar bulan ni tidak…. masih fikir nak berhutang lagi….
.
Lagi best, dari laporan ini, bank tahu dah berapa lama hutang tadi tertunggak… 10 bulan 30 bulan…. semua nampak…
.
.
#CTOS – Credit Tips Off Service  

Ni juga sama penting, sejarah hitam anda dalam kewangan… hutang tak bayar… tak bayar Celcum, Mixas dan Digik semua ada disini… paling selalu hutang Kot Mamoth dan Singerr beli TV lari tak bayar…
.
Macam macam dua benda ni boleh ceritakan, disana mereka kenal anda…. komitmen anda dalam berhutang…. dispilin korang
.
Oklah…. semoga pengenalan 2 benda diatas ni mampu bantu anda faham… dan Ingat ye itu penting “Resume Kewangan Anda”. Awek awek pak mentua jangan pakai sangat advise abam ni…. ha ha ha ha…. Bukan apa selain dari sijil nikah, jangan pulak minta lapuran CCRIS dan CTOS
.
#ResumeKewanganAnda
#JomBeliRumah
#SenangnyaBeliRumah

Page : Tips Mudah Beli Rumah
Website : www.SyahrizatHalid.com

Share This

Share This

Share this post with your friends!