Select Page

  • Twitter
  • Google+
  • Gmail

#kisahnakbelirumah
#menyewajanganselesa
.
Ini kisah biasa berlaku bila proses rumah yang kita ada nak jual tetapi dalam rumah ada penyewa yang dah bertahun tahun tinggal…..

dan malangnya, bila kata nak jual dia tak mahu keluar kerana mungkin dah terlalu selesa menyewa disitu…. walaupun dia sendiri pun sedar…. dia tahu…. dia bayar sewa pun teruk macam rumah mak ayah dia je…. bayar ikut hati dia…. ha ha ha
.
Bila kita minta dia beli dengan kita, dia pulak mintak punyalah harga rumah kasih sayang… dah macam kita ni beli dulu bersusah payah… beli untuk buat charity untuk dia…
.
Ini kisah benar En Khalim bukan nama sebenar, dari awal saya dah nampak masalah En Khalim ni dia memang selalu kena main…
.
Masa dia buka mulut untuk jual hartanahnya kepada saya, saya tanya dulu….
.
“En Khalim, tak tanya penyewa ke nak beli ke tak?”
.
bukan apa…. abam bayangkan bayaran bulanan dia sewa pun hampir macam harga yang di patut bayar jika dia beli…. Abis kenapa tak nak beli?
.
Jadi, saya cakap lagi… “Abang tanya la mana tahu dia mahu”
.
En Khalim pun balas “Dah tanya dah tapi dia punya harga dia mintak tu tak munasabah…. Ada ke patut dia mintak 120k sahaja sedangkan baki hutang dengan bank saya adalah hampir 150k….”
.
Emmmm….
.
Jadi, saya faham lah situasinya… saya kata takpe…. saya “inspection” dulu rumah dan jumpa sendiri penyewa
.
Masa “inspection” puas juga saya terangkan kerana harga pasaran hartanah tersebut sudah pun lebih 200k
.
Jadi, memang tak munasabah la nak jual harga bawah dari harga baki pinjaman….
.
Takpe lah…. saya kata kalau macam tu saya akan buka jualan pada orang lain seperti mana amanah tuan rumah En Khalim pada saya….
.
Tapi, sejak hari itu penyewa memang lain macam…. tak mahu bagi kerjasama
.
Saya ingat lagi masa saya bawa bakal pembeli perangai dia fuhhhh;

  • – cakap bising bising gaya marah dan mengherdik dengan gaya tak puas hati
  • – hempas pintu macam protes bagi kami datang rasa tak senang
  • – penyewa berhenti bayar sewa dan sengaja tak bayar bill dan sengaja cari masalah
  • – penyewa banyak bagi alasan itu ini untuk benarkan kami buat lawatan, cakap takde kat rumah… kalau datang bunyi TV ada…. Cakap outstation takde kat rumah
  • Tapi, itulah…. situasi begini yang selalunya kami sukar jalan kan tanggung jawab….
    .

Bagi yang m menyewa, kami tidaklah salahkan anda malah…. selalunya kami bagi anda ruang untuk anda pilih dan buat keputusan dahulu….
.
Oklah…. abam nak buat satu program khas untuk anda yang mungkin masih hidup menyewa…. macam abam pernah kata sebelum ni….
.

“Hidup Menyewa Tak Berdosa, Tetapi Selesa Menyewa Sampai Umur Tua…. Jangan le… Janganlah Tak Ambil Peduli”

Apa apa pun alasan, abam yakin kalau rancang awal…. rancang modal dan rancang kewangan bagi sentiasa beri diri kita ruang untuk layak pinjaman
.
Ada sedikit simpanan, cukup berbelanja cara berhemah…. InshaAllah, pasti ada jalan…. Cuba jumpa ejen hartanah yang anda percaya…

Tapi, kalau nak abam sendiri bantu…. Mari lah
.
.
ABAM PEGANG BURUNG

Share This

Share This

Share this post with your friends!